Minggu Orientasi Pelajar E-Kelas 2019

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2019 – Minggu Orientasi E-Kelas diadakan selama 2 minggu pada minggu ke 2 & 3 bulan Januari ini pada setiap hari eKelas iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Tujuan orientasi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar baru dan lama tentang eKelas 2019.

3 perkara utama mengenai eKelas iaitu :
1. Pengenalan – Dimana pelajar diberi taklimat mengenai format, peraturan, jadual, kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi oleh pelajar seperti hadiah, sumbangan tabung SSPN, lawatan, Maxis Camp dan banyak lagi
2. Portal – Cara mendaftar dan menggunakan portal dan learning port, mencari nota dan video ulangkaji, memuatnaik tugasan yang diberi oleh cikgu ke dalam portal, mengumpul point dan sebagainya.
3. Live Tutorial – Berkenalan dengan guru dan belajar.

Maxis Ekelas 2019 ini memberikan pembaharuan dan penambahbaikan di mana peluang tuisyen ini dibuka kepada pelajar darjah 6 dan juga pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5. Berbanding sebelum ini hanya untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja.

Dengan terbukanya peluang ini serta promosi yang besar-besaran menyaksikan penambahan peserta yang begitu memberansangkan dan diharap objektif eKelas iaitu meningkatkan prestasi akademik pelajar dalam kalangan komuniti luar bandar dalam 3 mata pelajaran utama iatu Sains Matematimatik dan Bahasa Inggeris akan tercapai.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali